Tuesday, 11 March 2014

Hasan Al Banna - Pengasas Ikhwan Muslimin



Biodata Hassan Al Banna dan latar belakangnya.

            Nama sebenar beliau ialah Hassan Bin Ahmad Al Banna . Seorang insan yang lahir pada waktu dhuha , hari ahad 25 Syaaban 1324 Hijrah bersamaan 14 Oktober 1906 . Ayahnya bekerja sebagai tukang membaiki  jam di Mahmodiyah , menjadi imam di Masjid Mahmodiyah dan pendakwah . Keluarga Iman Ahmad Al Banna merupakan keluarga yang warak yang sering mengamalkan prinsip islam di dalam rumahnya . Hassan Al Banna mempunyai 7 orang adik . Beliau lahir pada hari kematian laanatullah Mustafa Kamal Ataturk .

Sifat Peribadi

1. Anak yang soleh .
            Ketika beliau berumur 9tahun , beliau telah menunjukkan sifat kelincahan dan kecerdikan . Beliau sering bertanya kepada ayah dan ibunya mengenai tuhan dan alam. Ketika berumur 5 tahun , Hassan Al Banna sudah mengikut ayahnya pergi ke masjid dan sama-sama sembahyang berjemaah.
            Ayahnya sering mengajar Hassan membaca Al Quran . Selain membaca dan menghafal Al-Quran , Hassan juga dilatih menunaikan sembahyang lima waktu pada awal waktu . Dia juga dilatih bangun tengah malam bagi sembahyang tahajud .
            Hassan sering diberi panduan termasuk menjaga makan dan minum . Beliau disuruh meminum madu lebah dan memakan kismis . Setiap kali selepas solat beliau membaca doa penerang hati .
            Hassan Al Banna merupakan seorang yang mendengar nasihat . Imam Ahmad menuruh anaknya membaca buku fikah Imam Abu Hanifah . Kehidupan mereka sangat disiplin . Ayah Hassan sengaja mengatur jadual pembelajaran supaya Hassan tidak membuang masa dengan bermain-main.
            Kehidupan sehariannya dibahagi kepada empat waktu . Pada waktu pagi dia ke sekolah dan pulang dari sekolah menolong ayahnya membaiki jam di kedai . Pada waktu malam dia mengulang kaji pelajaran , dan pada tengah malam pula , Hasan Al Banna bangun solat tahajud , lalu mengulang kaji hafalannya sampai waktu subuh.
            Hasan Al Banna sudah membiasakan diri dengan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis . Di dalam rumah beliau , terdapat perpustakaan milik ayah beliau . Pelbagai jenis buku di situ . Hasan Al Banna suka membaca terutama buku sejarah.
            Hasan Al Banna juga sering menghadiri majlis perbahasan antara Syeikh Muhamad Zahran dan Hamis Muhsin . Itu semua menjadikan Hasan Al Banna seorang kanak-kanak yang bijak . Hasan pernah berkata kepada ayahnya , “ Saya mahu menjadi seperti Sungai Nil, berjasa kepada rakyat Mesir dan dikenang hingga akhir zaman”. Ketika Hasan berumur 13 tahun , beliau sudah boleh menghafal 15juzuk Al-Quran .
            Ketika beliau belajar di Maktab Perguruan Damanhur , beliau sering diajak rakannya untuk pergi ke masjid yang menjadi tempat berkumpul ahli-ahli Tarekat Hasafiyah . Selepas sembahyang maghrib , sementara menunggu waktu isyak , mereka terus berzikir sehingga menjelang tengah malam . Mereka bangun keesokan hari sebelum subuh . Kerana selalu datang ke masjid , akhirnya terjalin hubungan yang erat antara Hasan Al Banna dengan ahli Tarekah Hasafiyah . Hasan Al –Banna bersahabat dengan Syeikh Ar-Rijal , Syeikh Muhammad Abu Syousyah dan Syeikh Syed Uthman . Beliau juga bersahabat dengan pendakwah muda seperti Muhammad Afandi Dimyatee , Sowi Afandi As-Sowi  dan Ustaz Ahmad Sakri. Pergaulan rapatnya dengan ahli-ahli Tarekat Hasafiyah meninggal kesan yang hebat kepada kehidupan beliau . Beliau semakin tekun beramal ibadat namun tugas sebagai pelajar tidak diabaikannya .

2. Bijak berdikari
            Semasa cuti musim panas , Hasan tidak menghabiskan masa dengan berfoya-foya . Sebaiknya beliau pergi ke Mahmodiyah dan bekerja sebagai tukang baiki jam. Hasan Al Bana sudah mahir membaiki jam kerana beliau sering menolong ayahnya membaiki jam.

3. Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu
            Hasan Al Banna merupakan seorang yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu . Semasa belajar di Darul Ulum , beliau lulus dengan cemerlang dalam semua peperiksaan yang didudukinya . Beliau menjadi pelajar kesayangan gurunya .
            Hasan Al Banna dan kawan-kawanya akan menjalani peperiksaan akhir di Darul Ulum sebelum dikurniakan diploma . Bagi menghadapi peperiksaan bertulis , Hasan membaca serta merujuk 70 buah kitab . Bagi menghadapi ujian lisan pula , dia menghafal 18ribu rangkap sajak. 
            Semasa ujian lisan , Hasan Al Banna diminta menjawab soalan-soalan mengenai satu rangkap sajak dari kisah Napoleon Bonaparte . Kemudian beliau diajak berbincang mengenai riwayat hidup Umar Khayyam . Kesemua dijawab dengan mudah oleh Hasan Al Banna .
            Semasa menjalani peperiksaan bertulis pula , pelajar diminta menjawab sebanyak 100 soalan berhubung dengan agama dan sebagainya . Hasan Al Banna dapat menjawab kesemua soalan tersebut .
            Hasan Al Banna mendapati ujian bertulis dan ujian lisan yang dihadapinya terlalu mudah. Namun dia tidak menyesal kerana merujuk 70 buah kitab dan menghafal 18ribu sajak . Sesungguhnya dia belajar bukan untuk lulus peperiksaan tetapi tujuan dia belajar adalah bagi mendapatkan ilmu . Apabila keputusan akhir diumumkan , Hasan antara pelajar yang mendapat keputusan terbaik.








Jasa Hasan Al Banna

1.Berusaha menentang kejahatan .
            Hasan Al Banna merasa gelisah kerana memikirkan rakyat Mesir . Hasan Al Banna berfikir bagaimana untuk melawan pengaruh luar yang sedang merosakkan umat Islam . Hasan Al Banna pergi berjumpa dengan Syeikh Yusof Ad-Dajwi seorang ulama yang banyak menulis buku dan dikenali ramai . Mereka membincangkan masalah yang melanda mesir seperti fahaman atheis  dan maksiat yang berleluasa.
Beliau juga berjumpa dengan Syeikh Muhammad Saad . “Saya mahu Tuan cadangkan nama-nama ulama yang cintakan Islam . Mereka ini akan bertemu dan sama-sama mencari jalan bagi menghadapi keadaan seperti ini. Satu akhbar mingguan boleh diterbitkan dalam usaha menentang unsur-unsur barat dan atheis . Kita juga boleh menerbitkan bahan-bahan kesusasteraan Islam bagi mengubati penyakit-penyakit yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam.Kita juga boleh menubuhkan pelbagai persatuan dan menggalakkan para pemuda Islam memasukinya . Kita sepatutnya mempercepatkan usaha kebangkitan Islam . Kita boleh melancarkan banyak rancangan serentak “.
Mereka terus berbincang mengenai banyak perkara . Satu senarai panjang nama-nama ulama terkemuka dituliskan . Dimasukkan juga nama-nama mereka yang berpengaruh . Mereka menjalankan tugas masing-masing . Perjumpaan sering diadakan minggu demi minggu sehingga akhirnya mereka berjaya menubuhkan satu gerakan Islam dengan bantuan ulama terkemuka . Majalah Al Fatah berjaya diterbitkan .Majalah itu berperanan sebagai untuk para belia terpelajar .


2.Banyak berdakwah
            Dakwah pertama pertama yang dilakukan oleh beliau ialah dakwah di kedai kopi yang terletak di Medan Salahuddin  Kaherah .
Kedai pertama yang mereka singgah adalah kedai kopi As- Sayyidah . Kedatangan Hasan Al Banna dan kawan-kawannya menarik perhatian pelanggan di kedai itu .
“Kamu mahu minum dan makan apa?” tanya tuan punya kedai .
“Kami tidak mahu apa-apa. Tujuan kami untuk bercakap dalam 10 minit sahaja . Tuan-tuan semua boleh terus makan dan minum sambil mendengar apa yang saya katakan,” kata Hasan Al Banna.
“Baiklah , saya benarkan asalkan kamu tdak mengganggu pelanggan di kedai saya,” kata tuan kedai .
“Saya mahu mengingatkan diri saya dan kawan-kawan saya termasuk tuan-tuan semua bahawa Allah itu Esa . Dia yang menghidup dan mematikan kita. Dia mengutus Nabi Muhammad s.a.w. bagi menyampaikan risalah-Nya kepada kita . Yakinlah tuan semua bahawa kita semua akan mati . Dan yakinlah tuan semua bahasa di sana ada alam kubur , ada padang mahsyar , ada syurga dab ada neraka….” Demikianlah mukadimah Hasan Al-Banna memulakan dakwahnya .
Kemudian dia bergerak dari satu kedai kopi ke satu kedai kopi yang lain . Setiap kedai kopi yang mereka singgah , Hasan bercakap mengenai agama antara 5 hingga 10 minit . Tidak ada yang marah ataupun membantah , mereka semakin tertarik dengan dakwah yang disampaikan .
Semasa Hasan berhijrah ke Ismailiyah untuk menjawat jawatan sebagai guru . Setelah memahami akan permasalahan penduduk Ismailiyah , akhirnya Hasan Al Banna mengutuskan untuk berdakwah di kedai kopi seperti yang dilakukannya di Kaherah .
Hasan Al Banna mengunjungi kedai pertama selepas solat Isyak . Pada mulanya orang ramai terkejut dengan cara Hasan Al Banna berdawah. Namun mereka tertarik dengan cara percakapan anak muda itu yang tidak menyakiti hati sesiapa . Akhirnya mereka menjadi biasa dengan cara itu dan terus meminatinya .
Begitu juga dengan kedai kopi yang kedua . Hasan Al Banna bercakap kira-kira 15 minit sahaja kemudian beliau berlalu dari situ tanpa meminta apa-apa makanan ataupun minuman . Hasan Al Banna sanggup bersusah payah menyiapkan tajuk ceramah . Dia memilih tajuk ceramah yang mampu disampaikan dengan baik.
Akhirnya orang ramai suka dengan cara Hasan Al Banna berdakwah , dan mereka mula berbincang mengenai ceramah-ceramah yang disampaikan .
Penduduk Ismailiyah mencari tempat yang sesuai untuk digunakan untuk medan dakwah kerana mereka tertarik dengan cara yang disampaikan oleh beliau . Pada hari pertama , Hasan Al Banna bercakap mengenai cara mengambil wuduk yang sempurna . Kemudian dia membawa mereka ke pancur air untuk menyuruh mereka duduk dalam satu barisan . Hasan Al Banna mengajar mereka cara-cara mengambil wuduk dengan sempurna . Kemudian beliau memberitahu mereka tentang kepentingan sembahyang dan ganjarannya dan cara untuk mengerjakan sembahyang . Hasan Al Banna berceramah mengenai iman dan membetulkan akidah .

3.Menubuhkan ikatan Ikhwan Muslimin
            Setelah berbincang dengan sahabat beliau , akhirnya mereka bersetuju untuk menamakan kumpulan mereka ‘Ikhwan Muslimin’ . Hasan Al Banna menjadi pemimpin .
            “Kita mahu Ikhwan Muslimin menjadi sebuah pertubuhan yang bergerak aktif memperjuangkan Islam. Kita tidak mahu ahlinya berpeluk tubuh melihat apa yang berlaku di sekelilingnya . Kerana itu kita perlu menyusun rancangan dan mencari tempat bagi mengadakan mesyuarat,” kata Hasan Al Banna .
            Beliau menambah lagi, “ Kita akan menyekat arus ini sehingga semua arus ini dapat dijauhkan daripada bumi kita , dan bangsa kita dapat diselamatkan daripada segala bencana . Kita akan jejaki arus ini sehingga ke puncanya dan kita akan gempur hingga ke lubuknya sehingga seluruh isi alam ini mengumandangkan nama Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh dunia ini yakin dengan ajaran Al-Quran serta dinaungi oleh bayangan Islam . “
            Akhirnya mereka menyewa sebuah bilik di Perpustakaan Syeikh Alias Syarif dengan kadar sewa 60 Qursh sebulan . Mereka bekerjasama untuk membawa sewa serta lain-lain keperluan. Mereka berkumpul di perpustakaan . Kemudian mereka jadikan tempat itu sebagai sekolah selepas semua pelajar dan orang ramai meninggalkan perpustakaan itu . Mereka menamakan sekolah itu ‘ Madrasah Al-Tahzib’ .
            Mereka ditekankan tentang pembacaan Al Quran yang betul . Mereka menghafal beberapa potong ayat . Mereka juga dikehendaki menghafal beberapa hadis serta makna . Mereka diajar sunah dan sejarah Islam .
            Sejak itu bilangan ahli Ikhwan Muslimin semakin ramai . Ahli Ikhwan Muslimin dididik supaya menganggap ahli yang lain sebagai keluarga ataupun saudara .

 4.Membina Masjid Pertama Ikhwan Muslimin
            Semasa mengadakan mesyuarat , ahli Ikhwan Muslimin bersepakat untuk membina sebuah masjid kerana pada waktu itu penduduk Islam di Ismailiyah berjumlah 20 ribu orang , dan cuma ada sebuah masjid . Sedangkan penduduk bukan Islam cuma empat ribu orang dan mereka mempunyai empat buat gereja .  Mereka mengumpul wang yang didermakan oleh ahli Ikhwan Muslimin dan orang ramai . Akhirnya Masjid Ikhwan Muslim pun siap dan dibuka dengan rasminya pada waktu isyak , 17 Ramadan 1348 hijrah , mengambil sempena malam berlakunya perang badar . Mereka menjadikan masjid itu sebagai medan menuntut ilmu .

5.Membuka cawangan Ikhwan Muslimin

            “Saya berpendapat sudah tiba masanya Ikhwan Muslimin bergerak di luar Ismailiyah?” kata Hasan Al Banna dalam satu mensyuarat dengan para pemimpin Ikhwan Muslimin.  Akhir sekali Hasan Al Banna telah memilih Aboo Suwair yang terletak berdekatan dengan Ismailiyah . Mereka tidak buat keputusan terburu-buru. Mereka menyelidik terlebih dahulu apakah tempat tersebut sesuai dibuka cawangan Ikhwan Muslimin.Setelah menyelidik , barulah mereka menubuhkan cawangan Ikhwan Muslimin dan melantik seseorang ketua .   







Kata-kata Hasan Al Banna yang begitu terkesan 






Friday, 1 November 2013

Tips membeli Laptop


YCT Computer,
No 30, Jalan Wawasan 1,
Taman Wawasan Jaya,
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia
  • Office: 05 - 7166012
  • Fax: 05 - 7168791
  • Email: yctcomp@gmail.com
9.00am to 8.00pm


1 . Kalau nak beli laptop , cari kedai yang betul2 menawarkan khidmat yang terbaik . yala laa untuk kebaikkan kita juga , kalau laptop rosak & ada warranty , terus tauke kedai takpayah nak bising2 , antar je kat warranty service . Macam kedai YCT ni , aku memang puas hati dengan pengurusan kedai ni . Tauke dia pun bagus punya olang , tarak kerek macam u maa . Selalu senyumm , 

2. Beli kalau betul2 guna , sebagai contoh pelajar ipt jurusan multimedia , arkitek , Mesti ampa akan guna AutoCad kan ? Photoshop kan ? atau Sony Vegas ? kan kan . Laptop ni makin lama makin murah , sebab banyak pasaran2 baru dikeluarkan . 

3. Pilih Prosesor yang baik . AMD , Intel , tapi kalau boleh elakkan guna AMD , kerap mengalami overheat(cepat panas) lagi2 kat laptop Acer. AMD memang laju sebab banyak proses tertumpu pada chipset AMD ni . Prosesor kalau rosak ? kalau nak ganti mahal , baik beli laptop baru . So rancang betul2 , beli lah INTEL ! yang terbaru Intel Core I3 , Intel Core I5 dan Intel Core I7 . Semakin tinggi frekuensi dia , semakin laju laptop tersebut . 

4. Pilih laptop yang menggunakan RAM DDR3 . RAM ( random access memory ) ni fungsi dia bukan melajukan komputer ok ! tapi dia melancarkan perjalanan komputer , macam kita bukak program banyak , RAM ni la yang bantu untuk elakkan LAG ! RAM 2gb harga lebih kurang RM50 . 


5. Anda kaki game ?? pastikan laptop yang dibeli ada graphic card mcm Radeon , Nvidia . 2gb or better . Jangan beli netbook kalau nak main game berat2 , sebab kat motherboard netbook takdak slot untuk graphic card . Graphic dalam chipset ada laa . hehe . Tapi tak cukup power untuk main game berat2 macam call of duty , farcy 3, Kalau nak main DOTA tu lepas la kot . 

6. Alah memberli Menang memakai.  Beli biar puas hati , korban sikit duit tu , kalau buat kerja2 office , aku rasa guna laptop yang menggunakan intel Core i3 pun dah cukup , jangan guna intel atom , intel atom atau intel celeron ni memang murah , haa kalau murah tu paham2 laa macam mana guna nanti , takut lag dan mengganggu kerja dan tak pasal2 stress . Kecuali yang ada sikap SABARRR tu Alhamdulillah bagus2 .

7. Pilih jenama laptop yang bagus . hehehe . Aku akan suggestkan beli lah ASUS , Asus memang tahan kalau nak dibandingkan dengan Acer , sebab Acer ni kerap mengalami overheated , lagi2 main game , member aku yang pakai acer ramai yang antar kedai nak repair sebab overheat . Lagipun Asus adalah pengeluar Motherboard terbesar Dunia ! Motherboard dia tahan lasak n tahan panas . Risiko nak rosak adalah amat rendah , Motherboard ni kan kalau rosak , perghhhhh baik beli laptop baru . Hp adalah laptop yang mempunyai kebarangkalian untuk rosak adalah tinggi ! . Sekarang laptop yang tengah naik laptop Lenovo dengan Asus .  

8. Hardisk , hardisk ni tempat penyimpanan data . kalau beli laptop biasanya samaada kapasiti 500gb or 700gb . bergantung kepada manufacture masing2 . tapi kalau kegunaaan harian biasa 500gb dah cukup , kalau netbook biasa 320gb . Elakkan FOrmat hardisk k ? cepat rosak , hardisk paling lama tahan antara 4-5 tahun .

8. WARRANTY . Sebelum beli tanya pasal warranty dulu ! macam laptop Asus ni 2tahun , kalau rosak komponen dalam macam motherboard , masalah skrin , boleh claim warranty kat kedai yang kita beli tu , n Tauke dia akan panggil Asus customer service untuk claim waranty , haaa rosak komponen ja taw bukan  rosak sofware . itu masalah hampa . gatai ubah setting .  Walaupun waranty 2 tahun , dia agak lecey sikit sebab nak tunggu siap amek masa 2-3minggu . Tak silap aku boleh claim sekali ja , Rosak untuk kali kedua tak taw la . Laptop Lenovo , Acer dll 1 tahun . Nampak kan kebarangkalian untuk rosak tu ? hehe .




*promote kedai , masa beli laptop kat kedai ni kan , macam2 sofware dia bagi , install MS Office siap lengkap , dia bagi antivirus lagi , antivirus yang dia bagi ESET NOD 32 . antivirus ni amat ringan , fungsi sama macam yang lain , Antivirus ringan la best , takdak la lembab sangat masa startup tu . Lagi pun ESET nod32 antivirus ni dia selalu update , 3hari sekali mesti ada update ,



*Buat pilihan yang terbaik sebelum beli ok ?

Thursday, 31 October 2013

SYURGA MAKANAN PULAU PINANG


Cuti Sekolah dah dekat dah , pasti ramai yang merancang mahu membawa keluarga pergi bercuti . Aku akan suggestkan tempat untuk hampa , kalau ampa jenis suka makan makanan yang sedap ni ,ataupun nak cuba rasa masakan Pulau Pinang , Mai la Pulau Pinang , Jambatan Pulau Pinang pun dah nak siap . Boleh la behenti sat tengah jambatan amek gambaq dengan family hampa ( kena saman tak taw) .

First antara makanan yang sedap kat Penang ni kan , CHAR KUEW TIAW . Kalau order tu jangan la order yang biasa2 ja , Order yang special terus , baru sedap , Udang pun besaq2 , perut pun kenyang , kalau pasal makanan jangan dok berkira sangat .


Tudia ampa nampak tak dia punyaa sedap dia .. Boleh bau tak ?


Yang Kedua , MEE UDANG . Walaupun Mee Udang makanan yang popular di Kuala Sepetang teruma MEE UDANG NURZETTY tu, tapi Mee Udang Pulau Aman juga apa kurang sedapnya . Pulau Aman ni kalau nak pergi kena naik bot , dalam 10minit je kot , x jauh . Nak pergi ke Pulau Aman ni , Kena naik kat jeti BATU KAWAN .



ha ni tambang dan masa dia pergi dan balik . 


Sebenarnya ada perkampungan melayu di pulau ni . tapi tak banyak la , dalam 50buah rumah je . 


Memang sedap , family aku dah pergi dah kecuali aku . yalaa aku duduk jauh , depa duduk dekat , Penang dengan Bagan Serai tu sejam je , takleh solat jamak . 


Yang ketiga . haaa ni memang favourite aku . PASSEMBUR a.k.a passemboq . kalau kat KUANTAN ni kan , tak pernah lagi aku jumpak passembur . see ? orang utara ni pandai makan kan ? macam2 makanan dia ada . Passembur ni memang famous kat Penang ni . 

Yang keempat . haa buat peminat2 jeruk . mesti tau kan JERUK MADU PAK ALI . Tanya orang penang mesti dia kenai .

Tk perlu aku mention kot kat mana jeruk ni dijual , pergi je Penang , Ada banyak cawangan jeruk pak Ali kat sana . Senang cari . 


Then yang kelima pula . haaa sapa x taw kan , Restoran Nasi Kandar ni memang banyak kat Penang ni . Memang sedap , sangat sesuai bagi sesiapa yang suka masakan rempah dan berlauk2 ni . 



Ok last , tak larat nak promote penang panjang2 . salah satu favourite aku , haa cendoiii . haaa , cendol ni memang berlambak kat tepi jalan . sedap makan bila tengah hari bila panas2 . nak lagi sedap , order terus cendul pulut . 




haa untuk cuti kali ini , kalau dah takdak idea . aku suggest buat perancangan awal2 , pergi Penang , Maasalamah