Cuti Sekolah dah dekat dah , pasti ramai yang merancang mahu membawa keluarga pergi bercuti . Aku akan suggestkan tempat untuk hampa , kalau ampa jenis suka makan makanan yang sedap ni ,ataupun nak cuba rasa masakan Pulau Pinang , Mai la Pulau Pinang , Jambatan Pulau Pinang pun dah nak siap . Boleh la behenti sat tengah jambatan amek gambaq dengan family hampa ( kena saman tak taw) .
First antara makanan yang sedap kat Penang ni kan , CHAR KUEW TIAW . Kalau order tu jangan la order yang biasa2 ja , Order yang special terus , baru sedap , Udang pun besaq2 , perut pun kenyang , kalau pasal makanan jangan dok berkira sangat .
Tudia ampa nampak tak dia punyaa sedap dia .. Boleh bau tak ?
Yang Kedua , MEE UDANG . Walaupun Mee Udang makanan yang popular di Kuala Sepetang teruma MEE UDANG NURZETTY tu, tapi Mee Udang Pulau Aman juga apa kurang sedapnya . Pulau Aman ni kalau nak pergi kena naik bot , dalam 10minit je kot , x jauh . Nak pergi ke Pulau Aman ni , Kena naik kat jeti BATU KAWAN .
ha ni tambang dan masa dia pergi dan balik .
Sebenarnya ada perkampungan melayu di pulau ni . tapi tak banyak la , dalam 50buah rumah je .
Memang sedap , family aku dah pergi dah kecuali aku . yalaa aku duduk jauh , depa duduk dekat , Penang dengan Bagan Serai tu sejam je , takleh solat jamak .
Yang ketiga . haaa ni memang favourite aku . PASSEMBUR a.k.a passemboq . kalau kat KUANTAN ni kan , tak pernah lagi aku jumpak passembur . see ? orang utara ni pandai makan kan ? macam2 makanan dia ada . Passembur ni memang famous kat Penang ni .
Yang keempat . haa buat peminat2 jeruk . mesti tau kan JERUK MADU PAK ALI . Tanya orang penang mesti dia kenai .
Tk perlu aku mention kot kat mana jeruk ni dijual , pergi je Penang , Ada banyak cawangan jeruk pak Ali kat sana . Senang cari .
Then yang kelima pula . haaa sapa x taw kan , Restoran Nasi Kandar ni memang banyak kat Penang ni . Memang sedap , sangat sesuai bagi sesiapa yang suka masakan rempah dan berlauk2 ni .
Ok last , tak larat nak promote penang panjang2 . salah satu favourite aku , haa cendoiii . haaa , cendol ni memang berlambak kat tepi jalan . sedap makan bila tengah hari bila panas2 . nak lagi sedap , order terus cendul pulut .
haa untuk cuti kali ini , kalau dah takdak idea . aku suggest buat perancangan awal2 , pergi Penang , Maasalamah
No comments:
Post a Comment