Friday, 1 November 2013

Tips membeli Laptop


YCT Computer,
No 30, Jalan Wawasan 1,
Taman Wawasan Jaya,
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia
  • Office: 05 - 7166012
  • Fax: 05 - 7168791
  • Email: yctcomp@gmail.com
9.00am to 8.00pm


1 . Kalau nak beli laptop , cari kedai yang betul2 menawarkan khidmat yang terbaik . yala laa untuk kebaikkan kita juga , kalau laptop rosak & ada warranty , terus tauke kedai takpayah nak bising2 , antar je kat warranty service . Macam kedai YCT ni , aku memang puas hati dengan pengurusan kedai ni . Tauke dia pun bagus punya olang , tarak kerek macam u maa . Selalu senyumm , 

2. Beli kalau betul2 guna , sebagai contoh pelajar ipt jurusan multimedia , arkitek , Mesti ampa akan guna AutoCad kan ? Photoshop kan ? atau Sony Vegas ? kan kan . Laptop ni makin lama makin murah , sebab banyak pasaran2 baru dikeluarkan . 

3. Pilih Prosesor yang baik . AMD , Intel , tapi kalau boleh elakkan guna AMD , kerap mengalami overheat(cepat panas) lagi2 kat laptop Acer. AMD memang laju sebab banyak proses tertumpu pada chipset AMD ni . Prosesor kalau rosak ? kalau nak ganti mahal , baik beli laptop baru . So rancang betul2 , beli lah INTEL ! yang terbaru Intel Core I3 , Intel Core I5 dan Intel Core I7 . Semakin tinggi frekuensi dia , semakin laju laptop tersebut . 

4. Pilih laptop yang menggunakan RAM DDR3 . RAM ( random access memory ) ni fungsi dia bukan melajukan komputer ok ! tapi dia melancarkan perjalanan komputer , macam kita bukak program banyak , RAM ni la yang bantu untuk elakkan LAG ! RAM 2gb harga lebih kurang RM50 . 


5. Anda kaki game ?? pastikan laptop yang dibeli ada graphic card mcm Radeon , Nvidia . 2gb or better . Jangan beli netbook kalau nak main game berat2 , sebab kat motherboard netbook takdak slot untuk graphic card . Graphic dalam chipset ada laa . hehe . Tapi tak cukup power untuk main game berat2 macam call of duty , farcy 3, Kalau nak main DOTA tu lepas la kot . 

6. Alah memberli Menang memakai.  Beli biar puas hati , korban sikit duit tu , kalau buat kerja2 office , aku rasa guna laptop yang menggunakan intel Core i3 pun dah cukup , jangan guna intel atom , intel atom atau intel celeron ni memang murah , haa kalau murah tu paham2 laa macam mana guna nanti , takut lag dan mengganggu kerja dan tak pasal2 stress . Kecuali yang ada sikap SABARRR tu Alhamdulillah bagus2 .

7. Pilih jenama laptop yang bagus . hehehe . Aku akan suggestkan beli lah ASUS , Asus memang tahan kalau nak dibandingkan dengan Acer , sebab Acer ni kerap mengalami overheated , lagi2 main game , member aku yang pakai acer ramai yang antar kedai nak repair sebab overheat . Lagipun Asus adalah pengeluar Motherboard terbesar Dunia ! Motherboard dia tahan lasak n tahan panas . Risiko nak rosak adalah amat rendah , Motherboard ni kan kalau rosak , perghhhhh baik beli laptop baru . Hp adalah laptop yang mempunyai kebarangkalian untuk rosak adalah tinggi ! . Sekarang laptop yang tengah naik laptop Lenovo dengan Asus .  

8. Hardisk , hardisk ni tempat penyimpanan data . kalau beli laptop biasanya samaada kapasiti 500gb or 700gb . bergantung kepada manufacture masing2 . tapi kalau kegunaaan harian biasa 500gb dah cukup , kalau netbook biasa 320gb . Elakkan FOrmat hardisk k ? cepat rosak , hardisk paling lama tahan antara 4-5 tahun .

8. WARRANTY . Sebelum beli tanya pasal warranty dulu ! macam laptop Asus ni 2tahun , kalau rosak komponen dalam macam motherboard , masalah skrin , boleh claim warranty kat kedai yang kita beli tu , n Tauke dia akan panggil Asus customer service untuk claim waranty , haaa rosak komponen ja taw bukan  rosak sofware . itu masalah hampa . gatai ubah setting .  Walaupun waranty 2 tahun , dia agak lecey sikit sebab nak tunggu siap amek masa 2-3minggu . Tak silap aku boleh claim sekali ja , Rosak untuk kali kedua tak taw la . Laptop Lenovo , Acer dll 1 tahun . Nampak kan kebarangkalian untuk rosak tu ? hehe .




*promote kedai , masa beli laptop kat kedai ni kan , macam2 sofware dia bagi , install MS Office siap lengkap , dia bagi antivirus lagi , antivirus yang dia bagi ESET NOD 32 . antivirus ni amat ringan , fungsi sama macam yang lain , Antivirus ringan la best , takdak la lembab sangat masa startup tu . Lagi pun ESET nod32 antivirus ni dia selalu update , 3hari sekali mesti ada update ,



*Buat pilihan yang terbaik sebelum beli ok ?

Thursday, 31 October 2013

SYURGA MAKANAN PULAU PINANG


Cuti Sekolah dah dekat dah , pasti ramai yang merancang mahu membawa keluarga pergi bercuti . Aku akan suggestkan tempat untuk hampa , kalau ampa jenis suka makan makanan yang sedap ni ,ataupun nak cuba rasa masakan Pulau Pinang , Mai la Pulau Pinang , Jambatan Pulau Pinang pun dah nak siap . Boleh la behenti sat tengah jambatan amek gambaq dengan family hampa ( kena saman tak taw) .

First antara makanan yang sedap kat Penang ni kan , CHAR KUEW TIAW . Kalau order tu jangan la order yang biasa2 ja , Order yang special terus , baru sedap , Udang pun besaq2 , perut pun kenyang , kalau pasal makanan jangan dok berkira sangat .


Tudia ampa nampak tak dia punyaa sedap dia .. Boleh bau tak ?


Yang Kedua , MEE UDANG . Walaupun Mee Udang makanan yang popular di Kuala Sepetang teruma MEE UDANG NURZETTY tu, tapi Mee Udang Pulau Aman juga apa kurang sedapnya . Pulau Aman ni kalau nak pergi kena naik bot , dalam 10minit je kot , x jauh . Nak pergi ke Pulau Aman ni , Kena naik kat jeti BATU KAWAN .



ha ni tambang dan masa dia pergi dan balik . 


Sebenarnya ada perkampungan melayu di pulau ni . tapi tak banyak la , dalam 50buah rumah je . 


Memang sedap , family aku dah pergi dah kecuali aku . yalaa aku duduk jauh , depa duduk dekat , Penang dengan Bagan Serai tu sejam je , takleh solat jamak . 


Yang ketiga . haaa ni memang favourite aku . PASSEMBUR a.k.a passemboq . kalau kat KUANTAN ni kan , tak pernah lagi aku jumpak passembur . see ? orang utara ni pandai makan kan ? macam2 makanan dia ada . Passembur ni memang famous kat Penang ni . 

Yang keempat . haa buat peminat2 jeruk . mesti tau kan JERUK MADU PAK ALI . Tanya orang penang mesti dia kenai .

Tk perlu aku mention kot kat mana jeruk ni dijual , pergi je Penang , Ada banyak cawangan jeruk pak Ali kat sana . Senang cari . 


Then yang kelima pula . haaa sapa x taw kan , Restoran Nasi Kandar ni memang banyak kat Penang ni . Memang sedap , sangat sesuai bagi sesiapa yang suka masakan rempah dan berlauk2 ni . 



Ok last , tak larat nak promote penang panjang2 . salah satu favourite aku , haa cendoiii . haaa , cendol ni memang berlambak kat tepi jalan . sedap makan bila tengah hari bila panas2 . nak lagi sedap , order terus cendul pulut . 




haa untuk cuti kali ini , kalau dah takdak idea . aku suggest buat perancangan awal2 , pergi Penang , Maasalamah